NASIONALISME
FACTUAL : Kemunculan dan kemahsyuran kerajaan Alam Melayu membuktikan bahawa asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat. Kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor, dan Majapahit menunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya. Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu terbahagi kepada empat iaitu Raja, Undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Seterusnya, saya akan menerangkan tentang maksud serta punca berlakunya nasionalisme dinegara kita. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap negara dan negera. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi, dan sosial daripada penguasaan orang asing. Id...